| Portal berita | Technologi Information |
Teknik Komputer |

Wednesday, August 15, 2012

On 2:28:00 AM by Unknown in    No comments

Penulis Profesional
Pada masa kini Blog sudah menjadi satu medium yang sangat penting. Sudah ramai yang memiliki blog sendiri. Anak-anak muda juga sudah bergiat aktif didalam dunia blogging. Tetapi adakah anda sedar bahawa anda mempunyai kebolehan dan potensi untuk menjadi seorang penulis yang profesional?
Jadi, apakah perkara-perkara penting yang perlu kita tahu untuk menjadi penulis yang profesional?

  • Banyak membaca.
Untuk mendapatkan idea-idea yang bernas dan hasil penulisan yang baik, kita perlu banyak membaca karya-karya penulisan hasil daripada orang lain atau pakar penulis. Secara tidak langsung anda dapat mencontohi cara mereka menulis dan menjadikan hasil penulisan anda lebih baik pada masa akan datang. Anda mungkin boleh mencontohi penulis novel popular sebagai idol anda.

  • Tulis apa yang orang mahu.
Sebagai seorang penulis blog, anda jangan membuang masa dengan bercerita perkara-perkara yang tidak memberikan faedah kepada anda. Saya faham anda menulis di blog sebagai hobi semata-mata. Tetapi cuba anda menukar gaya penulisan yang baru, anda menulis tentang sesuatu yang dicari oleh orang lain. Secara tidak langsung anda sudah membantu orang lain dan ini akan memberikan faedah kepada anda.

  • Waktu untuk menulis.
Bagi seorang penulis profesional, mereka semua akan memilih waktu-waktu tertentu untuk menulis karya mereka. Jadi kita juga seharusnya memilih waktu yang sesuai dengan diri kita untuk menulis dengan baik. Apabila anda menulis pada waktu yang sesuai, saya yakin hasil penulisan anda itu pasti lebih baik dan kemas.
Penulis Blog Yang Berjaya
  • Menulis tentang kemahiran.
Untuk menulis tentang sesuatu perkara pasti susah. Jadi untuk memudahkannya, anda tulis mengenai kemahiran anda. Sebagai contoh, anda mahir didalam bidang ICT. Maka anda boleh bercerita tentang dunia ICT didalam penulisan anda nanti. Tidak mustahil jika anda akan menerima pelbagai soalan & permintaan nanti kerana Bidang ICT sangat luas dan bagi mereka yang mempunyai ilmu mengenainya pasti sangat berharga. Manfaatkanlah ilmu tersebut.

  • Fokus dalam satu Niche.
Sebagai seorang blogger dan ingin menjadi seorang penulis blog yang profesional, anda perlu fokus. Yaitu anda memberikan tumpuan sepenuhnya didalam sesuatu niche yang anda ceburi. Anda tidak boleh mengambil bahagian didalam semua niche melainkan anda sudah mahir & pakar didalam niche sebelum ini. Fokus amat penting untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

  • Pasarkan penulisan anda.
Selepas selesai anda menulis, tidak salah jika anda pasarkan karya penulisan anda tadi untuk mendapatkan populariti. Ini dapat membantu anda untuk mencipta nama didalam dunia penulisan. Jadi jika anda seorang blogger, anda promosikanlah blog anda supaya orang lain kenal anda & percaya dengan anda.

Itulah yang dapat saya kongsikan dengan anda. Saya juga sedang belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik dari masa ke semasa. Tidak salah jika kita belajar bersama-sama. Jika anda rasakan ada lagi perkara penting yang perlu dikongsikan, anda boleh kirim diruang komen.
Sudah sekian lama saya tidak update blog ini. Jika anda mempunyai hasil penulisan yang ingin dikirim didalam Purwokerto-Incredible, silahkan anda hubungi saya lewat Facebook Saya.
Di Muhammad TheSilentswordsmaster, karena saya mencari Penulis-Penulis yang sedang belajar ataupun sudah mahir.

0 comments:

Post a Comment

Catatan:
• Dilarang menulis link aktif !
• Dilarang ngiklan di kolom komentar !
• Untuk menyisipkan kode, gunakan tag <i rel="code">... KODE ...</i>
• Untuk menyisipkan kode panjang, gunakan tag <i rel="pre">... KODE ...</i>
• Untuk menyisipkan catatan, gunakan [catatan].. TEKS ...[/catatan]
• Untuk menyisipkan gambar, gunakan [img]URL GAMBAR[/img]>